Keikhlasan dalam melakukan tugasan
Hari ni aku nak share something pasal keikhlasan dalam tugasan. Pernah tak anda rasa bila anda buat something takda orang hargai anda. Sama jugak dalam konsep bekerja. Bila kau antara orang yang paling banyak berkorban tak kisah la duit ke, masa ke, tenaga ke, tapi orang tak hargai kau pun. Bukan setakat tak hargai tapi diorang treat kita macam kita tak buat apa-apa. Well bende ni biasa dalam kehidupan aku. Dah banyak kali aku sacrifice duit, masa, tenaga untuk satu organisasi ni tapi tak dihargai pun. Betul la orang cakap jangan berharap pada manusia. Berharaplah pada Tuhan yang satu iaitu Allah. Dia dah janji dah setiap kebaikan kita walaupun sebiji zarah tetap akan dibalas dengan sebaik-baik balasan. Aku sendiri nampak benda tu. Walaupun manusia tak hargai aku, tapi Tuhan sentiasa hargai aku dengan result cemerlang setiap semester. Aku sendiri pun tak tahu macam mana aku boleh dapat result yang bagus walaupun aku selalu dtg kelas lambat, tak fokus dalam kelas, main-main dalam kelas. Tapi bila aku fikir-fikir balik, itu mungkin balasan untuk setiap kebaikan yang aku buat. Thats why bila orang congratulates aku untuk pencapaian result aku, aku akan cakap ini semua anugerah dari Tuhan. So guys, kalau korang kecewa dengan manusia yang tak pernah nampak dengan apa pengorbanan yang kita lakukan, korang jangan lupa kita ada pendengar yang baik iaitu Tuhan kita. Yang paling penting, jangan tinggal solat. Okay tu je kot nak share hari ni.
Comments
Post a Comment